25 March 2016

1st Trimester Pregnancy

carry forward entry on 2016;😍
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah setelah mengharungi 1st trimester dan dah nak masuk last trimester ni macam-ii mama rasa sayang. Buat pertama kali mama dengan papa scan (5 minggu usia kandungan), hati ni dah mula jatuh sayang kat anak sulung mama yang bakal lahir bulan Julai nanti. Semoga kamu baik-ii saje dan sentiasa dilindungi olehNya. Memandangkan mama sejenis hamba Allah yang mudah lupa banyak memories, mama nak abadikan dalam tulisan mama ni supaya nanti anak-ii mama tahu ape yang mama lalui semasa mengandungkan kalians (amboii, macam ramai pulaks. Oppsy!)

Pertama kali mama dapat rasakan yang something tak kena masa mama drive sorang-ii balik keje. Masa tu badan mama dah mula rasa macam nak demam tau. Kejap-ii sejuk, kejap-ii panas. So, mama terpaksa stop kereta tepi highway tu semata-mata nak muntah! (Bluekkkk) Nasib la papa kamu memang sediakan plastic dalam dashboard tu. Sempat pulak mama capai. Gara-ii risau kereta papa kotor kena muntah, terpaksa la capai kan. Hihihi.

Okeh, kita skip bab tu. Dah sampai rumah tu, mama cepat-ii maklum kat papa. Bedesup la papa bawak mama ke klinik. Perasaan was – was tu datang bila doctor cakap masih awal lagi nak tahu keputusan. Hampa la sikit sebab mula-ii tu dah teruja sampai terbayang-ii kehadiran anak mama ni.
Tak puas hati dengan keputusan doc tu, mama beli Alat Ujian kehamilan. Mama beli 3 kotak. Hehhe. Mama test senyap-ii tau. Papa tak tahu pon mama beli tu. Esoknya, bila dah test memang terkejut bercampur terharu la dengan keputusan tu. Sebab, mama tak pasti bila ada dua lines kat situ (Alat Uji Kehamilan). Samar-ii je jalur dia. Okeh takpe, kita tunggu lagi seminggu pastu buat ujian kali kedua.

Tadaaa! Keputusan positif. Alhamdulillah! Dengan kuasa Allah mama mengandungkan kamu. Pastu, mama scan buat kali pertama kat klinik swasta. Kantung dah ada. Mama tak sabar nak tunggu kamu lahir sayang! Masuk minggu yang ke 10 mama dah mula alahan sampai tak dapat kerja hampir 2 bulan. Tersadai je atas katil macam kain buruk. Mama tak boleh nak makan langsung. Mama akan muntah setiap kali telan makanan. Berat badan mama pun susut mendadak sangat. Dalam hati dah mula risau dengan kamu. Mama doa semoga kamu baik-ii je dalam kandungan mama. Mama paksa la jugak makan sebab nak pastikan kamu tak kelaparan & nak kamu membesar dengan baik.

Terima kasih jugak buat suami mama yang tak jemu-ii tolong mama & bagi semangat untuk kuat. Baik kan papa kamu? =) Hari demi hari mama makin membaik. Alahan pon dah makin kurang. Mama sambung 2nd trimester untuk next entry ok.