19 July 2018

Blog Wajah Baru

Assalamualaikum gais!

Since 2011 berjinak dengan duia blog ni, lama2 makin slow down & terkubur la blog kesayangan untuk beberapa tahun. Setelah bertahun sis tak update entry, harini baru berkesempatan nak coret sepatah dua kata. Memandangkan sis baru masuk tahun kedua berjinak dengan dunia mak - mak ni, tergendala sikit aktiviti tegar di masa lalu. Eceh! Masa banyak habis dengan menguruskan anak & jugak papa kepada anak. Ehhe! Maklumlah bila bergelar isteri & ibu ni, aktiviti - aktiviti lain agak terhad nak dilaksanakan. 

Kali ni sis come back bersama wajah baru. Wajah baru tu maksudnya blog yang berwajah baru ye. Bukan wajah sis. Ya Allah, Tuhan je tahu perasaan bila dapat buat hobi lama. Agak lama jugak tak update blog ni. Kekok jugak! Hari ni gigih modify blog semata - mata nak ambik mood baru. Semoga kita boleh berkongsi ilmu sedikit sebanyak kan. Tak salah berkongsi, sambil - sambil tengok life orang lain, boleh timba ilmu tentang kehidupan berdasarkan pengalaman masing - masing yang berbeza - beza.

Chill Chill je korang!