19 July 2018

Officially 'Mak Orang'

Assalamualaikum kalian,

Bersua lagi, ingat lagi kan entry sis yang ni tertulis kat sini terus senyap menghilangkan diri sehinggalah sis bersalin anak pertama. masih lagi sorang anak, belum ada yang kedua atau ketiga lagi. Ehhe!

Memandangkan ramai yang bertanya saat - saat melahirkan anugerah Allah ke muka bumi, sis boleh share pengalaman yang tak mungkin dilupakan sampai bila - bila.

Once upon a time... (hewhew) 


Selasa; 24 Ramadhan
Sis dah mula bercuti masa usia kandungan 38 minggu. Masa tu takde pape tanda atau situasi di luar kawalan pon. Okey okey je! 👌 (sebelah pagi)

Rabu; 25 Ramadhan;
Usia dah masuk 38 minggu 6 hari. Aduhai cepatlah masa berlalu. Tido tak lena, makan memang sentiasa berselera, tapi takde tanda - tanda langsung. Jom buat ketuk ketampi! Sambil - sambil tu kita buat jalan itik. Alah alah alah.. Menggigil kaki sis! Kita cuba ye. Opps, lepas sahur tu dah mula datang perut mengeras. Pelan - pelan je. Dah masuk subuh tu, dia punya tendangan makin rancak. Mungkin penangan nasik kerabu masa sahur plus air milo panas. hewhew.

Lepas sahur + solat subuh, PIL (parents in law) hantar ke spital. Bila FIL terlanggar lubang kat jalan, rasa macam best je sebab hilang rasa sakit tu. Please abah, langgar la lopak - lopak kat jalan lagi banyak kali pon takpe.

Okeh! Warded. Bukaan jalan 1cm.

Khamis; 26 Ramadhan
Seharian contraction TAPI bukaan 1 cm - 2 cm. Sehingga la dah berbuka puasa masih lagi sakit & tiada bukaan. Tak mampu jalan itik lagi dah. Tahan punya tahan, dia buka 4cm jam 12 mlm. Tolak ke LB (kena jalan sendiri tau). 

Pertarungan bermula! 😟
Bertarung nyawa, betul la orang cakap sakit bersalin macam nak mati. Uishhh! Masa tu dah tak mampu nak berkata - kata. Encik husband bacakan ayat - ayat al - Quran bagi memudahkan proses bersalin. Berjam jugak!

Jumaat; 27 Ramadhan
04:47 am keluar la sorang khalifah Allah seberat 3.0kg. Fuhhhh! Air mata mengalir bukan sebab sakit. Tapi, sebab tak percaya dapat melahirkan secara normal. Alhamdulillah. 
Muhammad Hadiff Aydan

Sesi berpantang bermula.💪