13 August 2018

Cabut Gigi Geraham

Assalamualaikum gais,

Minggu yang menyiksakan. Kenapa? Hahh! Cabut gigi geraham. Ouchhh..
Pertama kali dalam sejarah setelah bergelar ibu - ibu kena cabut gigi. Gigi berlobang. Tak mampu dah nak tampal. Tampalan asal dah melebihi 10 tahun, tertanggal dengan sendirinya. Maka, terpaksala say Goodbye kat dia. ๐Ÿ˜ช

Pengalaman yang memeritkan;

Cabut gigi geraham (bius 4 jarum). Kebas sampai ke telinga. Umm.
Lepas cabut gigi, korang dinasihatkan jangan banyak bercakap. Gigit je kapas yang doktor bagi tu. Tukar setiap setengah jam tau.

Pastu ELAKKAN;

1. Makan atau minum yang panas - panas.
2. Jangan makan makanan yang keras - keras sebab kalau termasuk kat lubang gigi tu, susah nak keluarkan tau. Kalau dia tersekat kat situ, nanti boleh buat dia jadi busuk & bernanah.
3. Please makan la ubat yang doktor bagi untuk tahan sakit setelah bius dah hilang.

Please AMALKAN;
1. Makanan & minuman yang tak terlalu sejuk atau terlalu panas.
2. Letak ais kat pipi untuk kurangkan sakit kat gusi tu. (letak ais dalam kain, pastu tuam k)
3. Rehat secukupnya. Jangan banyak tunduk yang menyebabkan tekanan.
4. Jangan main tempat gigi tercabut dengan lidah atau jari. (Kuman tau)
5. Tidurla sementara ada masa rehat ye. Hewhew! Memalam tak dapat tido, sakitttt!

Kesimpulannya, please la jaga gigi korang tau. Sakit oooo cabit gigi ni. Ewww!

*Dokto

24 July 2018

Jom ke Zoo Negara!

Assalamualaikum gais!

Haa.. Kali ni sis nak share pengalaman pertama mak mak yang bawak anak berumur 2 tahun tengok binatang. mencabar Dik Nun! Okey, kita cerita bermula dari persiapan kat rumah.

[Throwback 21 July 2018]

Mak mak kena pastikan anak bangun awal pagi dalam keadaan baik. Elakkan dia moody sebab akan mempengaruhi mood dia untuk seharian. Bangun pagi bak raja dibelai belai & pujuk untuk mandi pagi bermula. Mungkin sebab Diff ni senang je nak dipujuk, proses nak siapkan dia tu cepat. TAPI... dengan satu syarat! Haha, kena pujuk atau pancing guna umpan sama ada baju DINOSOUR atau LORI. Okeh, done fasa pertama untuk hari tersebut.

Memandangkan perjalanan ambik masa sejam lebih je dari rumah, Diff tak bosan & dia sibuk tengok lori sepanjang perjalanan tu. Kita layankan jela. Kita kena mainkan peranan untuk pastikan dia happy happy je. Nak tengok binatang kan? Hewhew.. (padahal parents yang over exited)

Korang boleh tengok harga tiket kat SINI ye. Seronok, tapi pastikan bawak stroller ye. Anak-anak ni bukan kita tahu tahap keseronokan dorang tu berapa lama kan? Bila dia dah penat, mula la mintak nak dukung. So, stroller penyelamat! Hehehe. (Elakkan sakit pinggang dukung Diff 11kg)

Dah masuk dalam zoo tu, boleh tengok MAPS yang disediakan kat zoo. Mulakan jelajah korang! Haha. Kitorang tak habis pon jelajah semua. Kepenatan plus Diff dah tertido. Excited betul Diff nak tengok binatang. Sis nak share dengan korang kecomelan Giant Panda kat zoo.



Comel tak? Ehhe.. Masa untuk tengok Panda ni 20 minit je & kat situ jugak adalah kawasan larangan untuk buat bising. Sebelum masuk untuk tengok si comel ni, briefing akan diberikan oleh staf zoo yang jaga si comel ni. 


Sepanjang kat dalam ni, sis kena la berusaha untuk tenangkan Diff. Kawasan larangan buat bising kan? Kena la kawal anak masing - masing. Hehe.. 

Kita skip ye. Sempat tengok kejap - kejap je binatang kat zoo haritu memandangkan hujan di tengahari. Berteduh la kat bawah pondok yang ada sementara tunggu hujan reda sikit.


Tak ketinggalan bergambar dengan anak gajah. Untuk pengetahuan, topi yang Diff pakai ni dia dah baling ke kandang gajah tu. Tak boleh nak ambik dah. Good bye topi! Hahaha.. Kenangan betul. Mama dah ambikkan gambar last bersama topi tu Diff. (untuk dikenanag nanti) Hewhew!

Muka mengantuk tu, nampak tak? Haha. Lepas tengok gajah, Diff tido setelah minum sebotol susu. Kikiki. Btw, sis nak update banyak lagi pasal zoo negara ni. Tapi, untuk dpatkan pengalaman tu, korang kena pergi sendiri & dapat rasa keseronokan & kepenatan bawa kanak - kanak berusia 2 tahun. Chilll korang! Pastikan cukup bersedia & cukup tenaga untuk mengawal anak - anak nanti. 

Terima kasih kepada yang sudi baca entry kali ni! Love mucho.





19 July 2018

Officially 'Mak Orang'

Assalamualaikum kalian,

Bersua lagi, ingat lagi kan entry sis yang ni tertulis kat sini terus senyap menghilangkan diri sehinggalah sis bersalin anak pertama. masih lagi sorang anak, belum ada yang kedua atau ketiga lagi. Ehhe!

Memandangkan ramai yang bertanya saat - saat melahirkan anugerah Allah ke muka bumi, sis boleh share pengalaman yang tak mungkin dilupakan sampai bila - bila.

Once upon a time... (hewhew) 


Selasa; 24 Ramadhan
Sis dah mula bercuti masa usia kandungan 38 minggu. Masa tu takde pape tanda atau situasi di luar kawalan pon. Okey okey je! ๐Ÿ‘Œ (sebelah pagi)

Rabu; 25 Ramadhan;
Usia dah masuk 38 minggu 6 hari. Aduhai cepatlah masa berlalu. Tido tak lena, makan memang sentiasa berselera, tapi takde tanda - tanda langsung. Jom buat ketuk ketampi! Sambil - sambil tu kita buat jalan itik. Alah alah alah.. Menggigil kaki sis! Kita cuba ye. Opps, lepas sahur tu dah mula datang perut mengeras. Pelan - pelan je. Dah masuk subuh tu, dia punya tendangan makin rancak. Mungkin penangan nasik kerabu masa sahur plus air milo panas. hewhew.

Lepas sahur + solat subuh, PIL (parents in law) hantar ke spital. Bila FIL terlanggar lubang kat jalan, rasa macam best je sebab hilang rasa sakit tu. Please abah, langgar la lopak - lopak kat jalan lagi banyak kali pon takpe.

Okeh! Warded. Bukaan jalan 1cm.

Khamis; 26 Ramadhan
Seharian contraction TAPI bukaan 1 cm - 2 cm. Sehingga la dah berbuka puasa masih lagi sakit & tiada bukaan. Tak mampu jalan itik lagi dah. Tahan punya tahan, dia buka 4cm jam 12 mlm. Tolak ke LB (kena jalan sendiri tau). 

Pertarungan bermula! ๐Ÿ˜Ÿ
Bertarung nyawa, betul la orang cakap sakit bersalin macam nak mati. Uishhh! Masa tu dah tak mampu nak berkata - kata. Encik husband bacakan ayat - ayat al - Quran bagi memudahkan proses bersalin. Berjam jugak!

Jumaat; 27 Ramadhan
04:47 am keluar la sorang khalifah Allah seberat 3.0kg. Fuhhhh! Air mata mengalir bukan sebab sakit. Tapi, sebab tak percaya dapat melahirkan secara normal. Alhamdulillah. 
Muhammad Hadiff Aydan

Sesi berpantang bermula.๐Ÿ’ช





Blog Wajah Baru

Assalamualaikum gais!

Since 2011 berjinak dengan duia blog ni, lama2 makin slow down & terkubur la blog kesayangan untuk beberapa tahun. Setelah bertahun sis tak update entry, harini baru berkesempatan nak coret sepatah dua kata. Memandangkan sis baru masuk tahun kedua berjinak dengan dunia mak - mak ni, tergendala sikit aktiviti tegar di masa lalu. Eceh! Masa banyak habis dengan menguruskan anak & jugak papa kepada anak. Ehhe! Maklumlah bila bergelar isteri & ibu ni, aktiviti - aktiviti lain agak terhad nak dilaksanakan. 

Kali ni sis come back bersama wajah baru. Wajah baru tu maksudnya blog yang berwajah baru ye. Bukan wajah sis. Ya Allah, Tuhan je tahu perasaan bila dapat buat hobi lama. Agak lama jugak tak update blog ni. Kekok jugak! Hari ni gigih modify blog semata - mata nak ambik mood baru. Semoga kita boleh berkongsi ilmu sedikit sebanyak kan. Tak salah berkongsi, sambil - sambil tengok life orang lain, boleh timba ilmu tentang kehidupan berdasarkan pengalaman masing - masing yang berbeza - beza.

Chill Chill je korang! 


25 March 2016

1st Trimester Pregnancy

carry forward entry on 2016;๐Ÿ˜
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah setelah mengharungi 1st trimester dan dah nak masuk last trimester ni macam-ii mama rasa sayang. Buat pertama kali mama dengan papa scan (5 minggu usia kandungan), hati ni dah mula jatuh sayang kat anak sulung mama yang bakal lahir bulan Julai nanti. Semoga kamu baik-ii saje dan sentiasa dilindungi olehNya. Memandangkan mama sejenis hamba Allah yang mudah lupa banyak memories, mama nak abadikan dalam tulisan mama ni supaya nanti anak-ii mama tahu ape yang mama lalui semasa mengandungkan kalians (amboii, macam ramai pulaks. Oppsy!)

Pertama kali mama dapat rasakan yang something tak kena masa mama drive sorang-ii balik keje. Masa tu badan mama dah mula rasa macam nak demam tau. Kejap-ii sejuk, kejap-ii panas. So, mama terpaksa stop kereta tepi highway tu semata-mata nak muntah! (Bluekkkk) Nasib la papa kamu memang sediakan plastic dalam dashboard tu. Sempat pulak mama capai. Gara-ii risau kereta papa kotor kena muntah, terpaksa la capai kan. Hihihi.

Okeh, kita skip bab tu. Dah sampai rumah tu, mama cepat-ii maklum kat papa. Bedesup la papa bawak mama ke klinik. Perasaan was – was tu datang bila doctor cakap masih awal lagi nak tahu keputusan. Hampa la sikit sebab mula-ii tu dah teruja sampai terbayang-ii kehadiran anak mama ni.
Tak puas hati dengan keputusan doc tu, mama beli Alat Ujian kehamilan. Mama beli 3 kotak. Hehhe. Mama test senyap-ii tau. Papa tak tahu pon mama beli tu. Esoknya, bila dah test memang terkejut bercampur terharu la dengan keputusan tu. Sebab, mama tak pasti bila ada dua lines kat situ (Alat Uji Kehamilan). Samar-ii je jalur dia. Okeh takpe, kita tunggu lagi seminggu pastu buat ujian kali kedua.

Tadaaa! Keputusan positif. Alhamdulillah! Dengan kuasa Allah mama mengandungkan kamu. Pastu, mama scan buat kali pertama kat klinik swasta. Kantung dah ada. Mama tak sabar nak tunggu kamu lahir sayang! Masuk minggu yang ke 10 mama dah mula alahan sampai tak dapat kerja hampir 2 bulan. Tersadai je atas katil macam kain buruk. Mama tak boleh nak makan langsung. Mama akan muntah setiap kali telan makanan. Berat badan mama pun susut mendadak sangat. Dalam hati dah mula risau dengan kamu. Mama doa semoga kamu baik-ii je dalam kandungan mama. Mama paksa la jugak makan sebab nak pastikan kamu tak kelaparan & nak kamu membesar dengan baik.

Terima kasih jugak buat suami mama yang tak jemu-ii tolong mama & bagi semangat untuk kuat. Baik kan papa kamu? =) Hari demi hari mama makin membaik. Alahan pon dah makin kurang. Mama sambung 2nd trimester untuk next entry ok.